hELLO !!
WElcome to my simple triple blog, i`m asilahsyiela..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow
Tagboard!
PUT YOUR CBOX width="210"
My Post Thanks my little cute Bear Template 100%: syiela asilah Editor:Your name Help: ➊ ➋ ➌ |
Wednesday, July 31, 2013 | 11:40 AM | 0 comments
Dari wikipedia,
kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan
barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan
penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan
pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan)
dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru
dari bahan mentah.
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan
Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan
mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula
berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar
semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber
yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar,
kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan yang boleh dikitar semula akan
dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada
produk atau bahan baru.
Menurut kedua-dua definasi ini...ianya membawa
pengertian yang sama, iaitu bahan buangan di guna semula. Bagaimana ianya di
guna semula? Selain di proses semula...bahan terbuang tersebut boleh di ubah
fungsi kegunaan...ia juga adalah kitar semula. Itulah yang kita akan fokuskan
kerana ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan ada kemahuan dan
keperluan.
Jadilah sebahagian dari penyumbang kepada
pemeliharaan alam dan sumbernya. Jom kita kitar semula! Nikmati beberapa hasil
kreativiti kitar semula yang boleh anda cuba....
bahan kitar semula !!!
|